Jenayah

Suspek kes rogol, dadah dicekup

SUBANG JAYA: Seorang lelaki yang dikehendaki polis bersabit kes rogol dan dadah berjaya dicekup di Jalan SS 17/2 di sini, petang kelmarin.

Suspek berusia 22 tahun beralamat di Taman Cheras Utama itu ditahan bersama sejumlah dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gerak geri suspek bersama rakannya berusia 27 tahun mencurigakan anggota polis yang membuat rondaan.

Pemeriksaan badan dijalankan ke atas kedua-duanya menemukan satu peket plastik lut sinar mengandungi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.47 gm.

“Hasil siasatan awal, seorang daripada suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes samun.

“Suspek juga dikehendaki polis bersabit kes rogol dan dadah,” katanya.

Yahaya berkata, suspek dibawa ke pejabat cawangan narkotik manakala rakannya dibebaskan setelah didapati negatif ujian saringan awal polis.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");