Sukan Hari Ini

Tak boleh gagal

Kuala Lumpur: Pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong terpaksa mengharungi tiga set sebelum melangkah ke separuh akhir Grand Prix (GP) Terbuka Mexico dengan menumpaskan pasangan Jerman Michael Fuchs-Johannes Schoetter semalam.

Pilihan kedua kejohanan itu mengambil masa 46 minit untuk menang 21-19, 14-21, 21-9 dan bakal berdepan pasangan Thailand Bodin Issara-Nipitphon Puangpuapech pada separuh akhir hari ini.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, beliau berharap dapat melihat pasangan utama negara itu muncul juara seperti mana di Amerika Syarikat minggu lalu.

“Harapan saya untuk mereka adalah untuk menjadi juara. Ini kerana mereka sekarang berada dalam keadaan kritikal untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio 2016,” katanya ketika ditemui media di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Jelasnya, V Shem-Wee Kiong tidak boleh gagal dan tiada alasan buat mereka untuk tumpas pada separuh akhir serta perlawanan akhir, jika mara sejauh itu.

“Sepatutnya tiada masalah, kita mengharapkan mereka menang,” katanya yang juga Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN).

Turut mara separuh akhir, pilihan utama beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang menumpaskan pasangan England Heather Olver-Lauren Smith 17-21, 21-11, 21-17 dan akan berdepan pasangan Jepun Shizuka Matsuo-Mami Naito hari ini.

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir acara beregu campuran apabila mengalahkan pasangan Jepun Kenta Kazuno-Ayane Kurihara 21-14, 7-21, 21-16.

Mereka akan menentang pilihan ketiga dari Singapura Danny Bawa Chrisnanta-Vanessa Neo.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Zulfadli Zulkiffli terkandas apabila tumpas kepada Sho Sasaki dari Jepun 12-21, 12-21.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/101287#sthash.3W8qnaub.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");