Sukan Hari Ini

Tak layak kendali Real

Madrid: Legenda Brazil Ronaldo tampil menangkis kenyataan Fabio Capello yang mendakwa kehadirannya di Real Madrid memberikan kesan negatif terhadap rakan sepasukan dengan berkata pengendali Itali itu sebenarnya tidak layak membimbing kelab gergasi Sepanyol berkenaan.

Capello yang bergelar jurulatih di Real Madrid sejak 2006, berkata Ronaldo antara pemain terbaik pernah dibimbingnya tetapi beliau mendakwa sikap penggempur Brazil itu terhadap latihan serta kecergasannya boleh dipersoalkan.

Ronaldo pula mempertahankan dirinya dengan berkata, apa saja masalah dalam skuad Real ketika dia masih bersama kelab berkenaan berlaku kerana kelemahan Capello sendiri dan tidak ada kena-mengena dengan sikap pemain.

“Capello memang seorang yang hebat sekitar era 90-an,” kata Ronaldo kepada media Brazil, Folha de S.Paulo. “Bagaimanapun, apabila datang ke Real Madrid, beliau sebenarnya sudah melewati zaman kegemilangannya dan gagal memberikan motivasi kepada pemain.

“Buktinya ialah, sebaik meninggalkan Madrid, beliau tidak mengendalikan mana-mana kelab.”

Ronaldo berpindah ke AC Milan pada Januari 2007, Capello serta Real Madrid kemudiannya memenangi La Liga. Begitupun, Capello dipecat pada musim berikutnya.

Selepas meninggalkan Real Madrid pada 2007, Capello mengendalikan skuad kebangsaan England dan Russia. England melepasi peringkat kumpulan pada 2010 dan tewas kepada Jerman 1-4 ketika saingan kelompok 16 pasukan terakhir Piala Dunia. Russia pula gagal melepasi peringkat kumpulan di Brazil 2014.

Bercakap di majlis Anugerah Bola Sepak Dunia yang berlangsung di Dubai Ahad lalu, Capello berkata: “Ronaldo adalah fenomena dan menjadi antara pemain terbaik pernah saya latih.

“Ketika pramusim di Madrid, dia datang dengan berat badan 96kg dan saya menyuruhnya supaya menurunkannya kepada 88-90kg. Tidak ada apa yang mampu saya lakukan. Dia pemain hebat tapi membawa kesan negatif kepada pasukan.

“Kami menjualnya pada Januari dan suasana dalam pasukan berubah serta-merta.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");