Jenayah

Tak pernah serik masuk penjara

SUBANG JAYA – Seorang lelaki bagaikan tidak serik beberapa kali menghuni tirai besi apabila sekali lagi melakukan jenayah di SS15, di sini, awal pagi kelmarin.

Suspek ditahan kira-kira dua jam selepas mencuri barangan milik seorang ejen pusat panggilan syarikat penerbangan di SS15/4D.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Lee Swee Meng berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya kira-kira jam 4 pagi mendakwa kereta jenis Perodua Kelisa milik bapanya dipecah dan beg silang miliknya dilarikan.

Swee Meng berkata, 15 minit sebelum laporan polis dibuat, anggota polis Balai Subang Jaya sudah memberkas suspek yang mencurigakan dalam sebuah kereta.

Katanya, ketika ditahan, suspek berusia 37 tahun itu bertindak memecut laju sebuah kereta jenis Toyota Corolla untuk melarikan diri.

Suspek memandu sejauh kira-kira dua kilometer sebelum terbabas ke dalam longkang berhampiran Bulatan Kewajipan.

“Dia berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis beberapa minit selepas itu. Barangan milik mangsa termasuk telefon bimbit dan dokumen penting berjaya ditemui semula,” katanya.

Hasil siasatan mendapati kereta digunakan suspek untuk mencuri dilaporkan hilang di Sungai Way pada Ahad lalu kira-kira jam 11.57 pagi

Siasatan selanjutnya mendapati, suspek yang positif dadah jenis amphetamine mempunyai 13 rekod jenayah lampau termasuk dua dikehendaki polis.

Dia yang mula melakukan jenayah dan pernah beberapa kali dihukum sejak tahun 1997 itu direman selama tiga hari sehingga hari ini untuk membantu siasatan.

Polis merampas anak kunci kereta jenis Toyota Corolla, sebilah pisau bersaiz 32 sentimeter panjang, pemutar skru dan kereta yang digunakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");