Sukan Hari Ini

‘Tak semestinya Zainal’

Shah Alam: Nasib pengendali Selangor Mehmet Durakovic umpama ‘telur di hujung tanduk’ selepas Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengesahkan empat anak murid Zainal Abidin Hassan ketika beliau membimbing Pahang menyertai skuad Merah Kuning musim depan.

FAS dilihat cuba bermain tarik-tali dengan menegaskan Durakovic masih jurulatih Selangor seperti mana yang tertulis dalam kontrak bekas ketua pasukan Red Giants itu sehingga penghujung 2016.

Bagaimanapun pengurus pasukan, Amirudin Shari berkata, meskipun empat tonggak utama Pahang itu bakal menyertai Selangor selepas ini, ia tidak semestinya menunjukkan Zainal juga akan ke pasukan itu.

“Kita tidak boleh membuat spekulasi dengan mengatakan apabila pemain Pahang menyertai Selangor, maka jurulatih Pahang juga akan menyertai Selangor.

“Durakovic masih jurulatih kerana beliau mempunyai baki kontrak sehingga tahun depan. Tunggulah, segala persoalan itu akan terjawab pada Jumaat depan dalam majlis pengenalan pasukan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat SUK Selangor, Shah Alam, semalam.

Ketika ditanya adakah benar pihak pengurusan ada mengintai pengganti Durakovic sebelum ini, Amirudin mengakuinya, namun semua itu berlaku sebelum Selangor menjulang Piala Malaysia, Sabtu lalu.

“Memang kami ada melamar beberapa jurulatih kerana tumpuan kami adalah untuk mempersiapkan pasukan lebih awal kerana Selangor akan beraksi dalam saingan Piala AFC dan liga tempatan.

“Jika mengatakan kami tersepit dalam keadaan ini, ia lebih kepada situasi tersepit yang positif. Lebih baik dapat banyak peluang (pilihan jurulatih) daripada hanya memiliki satu,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");