Berita Hari Ini

Tebing sungai runtuh punca banjir

PASIR PUTEH: Hujan tanpa henti selama hampir 24 jam pada Khamis lalu menyebabkan tebing Sungai Kelong di Kampung Sungai Kelong, dekat sini, runtuh.

Penduduk, Mohd Iffazanizan Ismail, 39, berkata, hujan lebat menyebabkan arus air sungai menjadi terlalu deras sehingga menghakis tebing sungai.

Katanya, tebing runtuh menghalang arus air sungai, menyebabkan berlaku banjir kilat di kampung itu.

“Kami harap pihak berkenaan mengambil tindakan segera dengan membersihkan runtuhan tersebut kerana kami menjangkakan keadaan lebih buruk akan berlaku jika tidak diatasi segera.

“Penduduk khususnya yang tinggal di sepanjang tebing sungai ini akan menjadi mangsa kerana arus sungai terhalang menyebabkan kawasan persekitaran tempat tinggal mereka dilimpahi air,” katanya.

Menurutnya, langkah membina benteng konkrit mungkin dapat membantu bagi memastikan tebing sungai lebih kukuh.

Katanya, penduduk tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut kerana runtuhan itu agak serius dan memerlukan perbelanjaan besar.

Mohd Iffazanizan berkata, masalah sampah, batang pokok dan buluh yang tersangkut di jambatan juga perlu diatasi kerana ia menghalang arus air sungai.

“Sudah bertahun masalah ini berlaku tapi tiada penyelesaiannya. Jika semua itu dapat diatasi dengan baik, impak banjir mungkin dapat dikurangkan,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");