Sukan Hari Ini

The Cops hampir ikat Safuwan

Kuala Lumpur: Pasukan Liga Super Polis Diraja Malaysia (PDRM) hampir pasti mendapatkan khidmat pemain Singapura Safuwan Baharudin bagi memperkuatkan cabaran skuad ‘The Cops’ dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.

Ketua jurulatih PDRM Mohd Fauzi Pilus ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sedang mengadakan rundingan peringkat akhir dengan pemain LionsXII itu berhubung kontraknya yang masih berbaki setahun dengan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS).

“Kita masih berunding. Insya-Allah sekiranya semua berjalan lancar, dia akan bersama kami musim depan,” katanya.

Beberapa media di Singapura baru-baru ini melaporkan Safuwan sudah mengadakan rundingan dengan PDRM, namun perlu mendapat pelepasan FAS kerana masih mempunyai kontrak setahun.

PDRM sebelum ini menyambar khidmat bekas pemain import Johor Darul Ta’zim II (JDT II) Andrezinho bagi memperkuatkan skuad ‘The Cops’ untuk menghadapi saingan Liga-M 2016.

Safuwan, 24, yang pernah beraksi secara pinjaman selama tiga bulan bersama kelab Liga Australia Melbourne City, awal tahun ini dikatakan menjadi sasaran PDRM berdasarkan persembahan cemerlang dengan menjaringkan 10 gol ketika mewakili LionsXII dalam saingan Liga-M musim ini.

Skuad ‘The Cops’ kini mempunyai empat pemain import iaitu Mohamadou Sumareh dari Gambia, Dramane Traore (Mali), pemain naturalisasi Timor Leste Jaime Braganca serta kapten pasukan kebangsaan Maldives, Ali Ashfaq.

Untuk rekod, PDRM sekadar menamatkan kempen Liga Super di tangga keenam selain kalah pusingan awal Piala FA dan Piala Malaysia.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");