Panasnya Hari Ini

Tiada Bukti Najib Lakukan Kesalahan, Saya Akan Terus Setia – Adenan

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah dibuktikan melakukan sebarang kesalahan dan beliau akan terus setia kepadanya.

Menurutnya, kesetiaan itu adalah atas kapasiti Najib sebagai seorang Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasioanal (BN).

Beliau mengeluarkan kenyataan demikian ketika menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

“Beliau adalah Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional, saya perlu setia kepadanya.

“Sekiranya beliau disabitkan kesalahan (kerana melakukan perbuatan salah), maka ketika itu saya akan menimbang semula kesetiaan saya kepadanya,” mememetik laporan yang dikeluarkan Bernama.

Jelasnya, Najib tidak harus dianggap bersalah hanya berdasarkan tuduhan kosong semata-mata dan beliau tidak bersalah selagi masih belum dibuktikan bersalah.

Beberapa orang anggota pembangkang termasuk Yap Hoi Liong (DAP-Dudong) telah mengganggu ucapan Adenan yang mempersoalkan sokongannya terhadap Najib yang dilanda kontroversi syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh pembangkang, Adenan tetap menegaskan Najib tidak pernah dibuktikan bersalah.

Foto- Malaysia Gazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");