Membawang Hari Ini

‘Tiada masa fikir hal remeh’

“Hidup saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja tahun ini jadi saya tiada masa hendak memikirkan hal remeh-temeh begitu.”

Begitu kata pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 32, mengenai kontroversi perbalahan dia dengan seorang pengikut di Instagram gara-gara salah faham, baru-baru ini.

Isu itu tercetus apabila seorang wanita yang juga pengikutnya di Instagram menulis perkataan ‘KimK’ di ruangan komen akaun Instagram Fazura.

Perkataan ‘KimK’ itu merujuk kepada selebriti popular Kim Kardashian tetapi Fazura tersalah faham dan menganggap wanita terbabit menulis perkataan lucah.

Fazura berkata, dia menganggap perkara itu sudah selesai dan tidak mahu lagi memberikan sebarang komen mengenai perkara itu biarpun timbul pelbagai spekulasi dan kekecohan berhubung isu itu.

“Saya anggap hal itu sudah selesai dan tidak ada apa hendak diceritakan lagi. Saya tidak ambil tahu dan malas hendak komen untuk kes itu,” kata pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 itu.

Berikutan kejadian itu, Fazura juga dilaporkan menggesa permohonan maaf daripada pengikut itu namun ia tidak dibalas kerana situasi itu hanyalah salah faham daripada pihak pelakon itu semata-mata.

Sebaliknya, komuniti laman sosial di Internet atau netizen berang dengan sikap Fazura yang menyelar pengikut berkenaan tanpa usul periksa dan memahami maksud sebenar perkataan itu.

Pelakon yang bakal muncul dengan filem Langit Cinta itu berkata, dia menganggap apa juga gesaan atau tekanan daripada sebahagian pengikut terhadapnya berhubung isu itu adalah berlandaskan pandangan peribadi masing-masing.

“Saya malas hendak fikirkan hal itu lagi. Biasalah masing-masing ada pendapat tersendiri dalam hal itu. Itu laman sosial dan sesiapa pun berhak untuk bercakap dan menyuarakan pandangan.

“Sesiapa pun boleh bercakap apa saja. Namun, saya tahu apa yang saya buat dan fikirkan. Niat saya hanya Allah saja yang tahu dalam kes itu,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");