Panasnya Hari Ini

Tidak Perlu Bangkitkan Sejarah Lama UMNO & PAS

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyarankan semua pihak supaya tidak bertindak menyelongkar dan mengungkit kembali segala isu lama berhubung kerjasama UMNO dan PAS.

Tegasnya,sejarah tersebut tidak perlu diceritakan semula berikutan generasi hari ini tidak pernah berada dalam zaman dan sejarah itu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai sejarah Pas-Umno yang pernah bergabung dalam Barisan Nasional (BN) pada tahun 1970-an yang menyaksikan Pas dikeluarkan dalam gabungan berkenaan.

Tambahnya, prinsip yang utama kini adalah permuafakatan dan semua pihak perlu berlaku jujur dan ikhlas serta tidak mempersoalkan kelemahan masing-masing.

“Realitinya Umno dan Pas mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka tersendiri maka kenapa kita harus bangkitkan kelemahan dan kesalahan lampau sedangkan kita ingat lihat kepada soal kepentingan umat Islam dan negara.

“Kita bersatu kerana Islam dan umat Islam dan ia dituntut Allah dan diperlukan untuk kemaslahatan masyarakat serta tidak perlu membongkar dan menyelongkar perkara-perkara silam yang tidak menguntungkan Islam dan umatnya,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Multaqa Serantau Alumni al-Azhar Malaysia di Hotel Grand Season memetik laporan Therakyatpost.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa usaha kerjasama itu akan berjalan lancar.

“InsyaAllah, kita harus bersangka baik kepada Allah kerana Allah telah letakkan asas itu dalam al-Quran dan ini ujian besar kepada umat Islam.

“Kalau kita berjiwa besar seperti mana ditunjukkan oleh dua pemimpin umat Islam semalam iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya kira yang paling penting nak terjemahkan jiwa besar pemimpin kepada pengikut di bawah yang perlu juga ambil pengajaran daripada pemimpin mereka ini,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");