Jenayah

Tiga maut, dua parah

Bachok: Tiga maut, manakala dua lagi parah selepas dua motosikal bertembung di Jalan Tok Burong berhampiran kedai makan, di sini, 10.30 malam tadi.

Mangsa, Nik Hanzallah Nik Hassan, 19; Mohd Syahir Rajani, 14; dan Ahmad Isyraf Hazim Ismail, 5, meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara Syahwi Zarfan Sairi, 7, dan Lukman Hakim Abu Manaf, 18, parah dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 125z ditunggang Nik Hanzallah dari arah Perupok menghala ke Bachok hilang kawalan ketika cuba memintas kenderaan di hadapan.

“Akibatnya, motosikal itu bertembung dengan motosikal Yamaha Ego ditunggang Mohd Syahir bersama Ahmad Isyraf Hazim dan Syahwi Zarfan yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");