Panasnya Hari Ini

Tun M Tetap Akan Hadiri PAU

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasrat untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO yang dijangka berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 8 hingga 12 Disember ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan Free Malaysia Today, kehadiran Tun Mahathir adalah berdasarkan jemputan terbuka Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya tidak menerima sebarang surat jemputan lagi. Tetapi saya menerima pelawaan Zahid sebagai pelawaan terbuka.

“Tidak mengapa kalau tiada surat jemputan. Saya tetap akan pergi,” katanya lagi.

Bagaimanpun, Tun Mahathir menegaskan beliau tidak akan memberi sebarang ucapan walaupun hadir dalam majlis tersebut.

Bekas Presiden UMNO ini jelas kelihatan kecewa dengan tindakan sesetengah Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilihat cuba menyekat idea-idea ahli parti yang mampu memberi faedah dalam pembangunan bangsa dan negara.

Beliau juga menyatakan PAU pada kali ini sudah tidak sama seperti dahulu kerana terdapatnya sesetengah pemimpin UMNO yang bertindak seolah-olah menutup ruang kepada ahli-ahli mesyuaratnya.

“Saya kesal PAU kini kurang terbuka. PAU adalah satu perkara yang menyeronokkan.

“Ramai yang datang memberi idea dan bertukar-tukar pandangan bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk negara,” ujarnya kepada wartawan di Pusat Kecermelangan Proton.

Foto: Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");