Sukan Hari Ini

UiTM juara futsal IPT 2015

PASUKAN Futsal Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara pada perlawanan akhir Grand Finale Kejohanan Futsal IPT 2015 yang berlangsung di Indoor Arena Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Kuantan, Pahang, Ahad lalu.

Pada aksi final, UiTM mengalahkan UIA 2-0 sekali gus membawa pulang wang tunai RM20,000, piala pusingan serta medal.

Menurut Pengurus pasukan UiTM, Mohammad Ezuan Othman, kejayaan pasukannya hasil komitmen pemain yang bermain dengan penuh semangat kesukanan dan semangat juang tinggi serta sokongan pihak pengurusan UiTM.

Kejohanan kali ini disertai UIA, KK Johor, KK Selangor, Politeknik Pahang, UTHM, KPTM Bangi, UNITEN, UiTM Melaka, UniKL, UMP, KUIM, UM, UTP, UUM dan UMT.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");