Panasnya Hari Ini

UMNO Lebih Kuat Dari PAS

KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang menyatakan bahawa UMNO adalah parti yang lemah telah dibidas.

Blogger politik, parpukari.blogspot.com menerusi artikel terbarunya berkata, beberapa ‘bangkai’ Parti Amanah Negara (PAN) yang masih tinggal dalam PAS telah menyatakan bahawa UMNO dan PAS tidak akan bersatu serta parti itu dilihat semakin lemah.

Namun begitu, beliau menyangkal dakwaan tersebut dan telah mengemukakan beberapa fakta berkaitan parti UMNO.

“Parti yang paling dibenci oleh ahlul PAS berkiblatkan PAN iaitu UMNO memiliki 88 kerusi Parlimen, PAS setelah bercerai ada 14 kerusi Parlimen sahaja.

“Walau UMNO sedang bertelagah sesama sendiri sekarang ini, itu perkara biasa yang memang selalu berlaku dan aku sebagai pencinta parti keramat bernama UMNO ni yakin akan settle (selesai) tak lama lagi,” katanya lagi.

Beliau turut menegur sikap segelintir pimpinan PAS yang mendakwa bahawa UMNO datang kepada PAS apabila sudah lemah.

“Siapa yang lemah ni? Kita gaduh takde la sampai keluar dan buat parti baru. Korang dan ada serpihan baru iaitu PAN,” ujarnya.

Blogger berkenaan turut menasihati kepada ahli UMNO supaya tidak terlampau rasa rendah diri.

“Sesungguhnya parti UMNO lebih mulia dari parti-parti yang ada dalam Malaysia sekarang ni. Kalau ada masalah pun UMNO boleh atasi, dah berkali-kali kita diduga.

“Setiap kali selepas itu kita akan jadi kuat. Jadi jangan gusar dan teruskan apa saja yang korang buat sekarang ni,” tegasnya lagi.

Beliau juga berharap dan berdoa supaya UMNO terus kuat dan tidak mempedulikan segala yang diperkatakan oleh parti pembangkang berkenaan.

“So UMNO you are stronger than PAS (Jadi, UMNO adalah lebih kuat dari PAS) dan dalam keadaan sekarang PAS lebih perlukan UMNO dari UMNO perlukan PAS, have some dignity please orang UMNO.

“Kita lebih bermaruah dari mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");