Panasnya Hari Ini

UMNO Terusan Guna Retorik Perpaduan – AMK

KUALA LUMPUR:Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan parti UMNO terusan menggunakan perpaduan Melayu dalam usaha menyelamatkan parti tersebut yang disifatkan semakin ditolak oleh rakyat.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata retorik perpaduan akan dilaungkan apabila UMNO berhadapan dengan situasi sukar selain daripada mengetengahkan perpaduan dikalangan orang Melayu.

Tambahnya tindakan itu hanya sekadar bertujuan mengalih perhatian daripada isu yang sebenarnya sedang berlaku.

“Hakikat yang tidak dapat disembunyikan UMNO ialah parti itu sendiri kini berpecah kerana skandal penerimaan wang kira-kira RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak serta keraguan dalam tadbir urus 1MDB di mana beliau merupakan Pengerusi Lembaga Penasihatnya.

“Jelas, meskipun perpaduan adalah sebuah idealisme unggul, ia mestilah atas prinsip keadilan dan kebebasan, bukan berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa.

“UMNO terus memainkan propaganda usang konon kuasa orang Melayu dan Islam kian terhakis, walhal bilangan ahli parlimen Melayu dan Islam terus bertambah meskipun penguasaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO merosot,” katanya memetik laporan Freemalaysiatoday.

Ujarnya lagi, Orang Melayu terus diberikan kenyakinan bahawa tanpa parti keramat itu pastinya kelak orang Melayu akan berhadapan dengan penindasan sedangkan rakyat kini ditindas dengan pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan dikuasai oleh UMNO sendiri.

“Orang Melayu yang merupakan majoriti dalam kumpulan 40 peratus rakyat berpendapatan paling rendah terpaksa bergelut dengan dasar-dasar tersebut.

“Bantuan demi bantuan yang diberi, sebenarnya lebih memperkayakan golongan elit, yang ramai daripadanya mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin UMNO.

“Sebab itu, meskipun pelbagai bantuan telah cuba diberikan sejak sekian lama, jurang ekonomi antara orang Melayu miskin dan orang Melayu kaya semakin melebar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");