Berita Hari Ini

UUM hasil ‘bacadisleksia’ untuk kanak-kanak disleksia

ALOR SETAR – Kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia kini boleh dibantu dengan aplikasi pembelajaran interaktif, ‘BacaDisleksia: Aplikasi Sokongan Untuk Bahasa Melayu’.

Aplikasi yang dicipta Prof Dr Zulikha Jamaludin dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC), Universiti Utara Malaysia bersama Dr Husniza Husni dan Dr Mustafa Muwafak Alobaedy itu mula dibangunkan lapan bulan lalu dengan kos kira-kira RM40,000.

Alat ini dilengkapi teks dan warna yang diguna dalam reka bentuk interaksi (IxD), didapati mampu membantu kanak-kanak disleksia membaca lebih baik.

“Seramai 28 kanak-kanak disleksia berusia antara tujuh hingga 14 tahun telah terlibat dalam kajian ini untuk reka bentuk persona Cooper yang diasaskan daripada teori IxD,” kata Zulikha dalam kenyataan hari ini.

Kandungannya terdiri daripada tiga peringkat membaca yang mewakili tiga tahap kerumitan corak suku kata.

Malah guru boleh menambah, menyunting, merakam sebutan yang betul atau memadam perkataan dan ayat di semua peringkat membaca.

“Walaupun aplikasi ini dikhususkan untuk pengajaran Bahasa Melayu, ia boleh juga digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, dan Matematik.

“Aplikasi ini juga telah dibangunkan menggunakan Windows Presentation Foundation (WPF) dan pangkalan data SQL Server (Microsoft),” katanya.

Aplikasi tersebut kini sudah diguna pakai oleh murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan pelbagai masalah membaca (disleksia, disgrafia, diskalkulia, dan Nonverbal Learning Disorder (NVLD) di beberapa buah sekolah di Kedah dan Kelantan.

Ia berjaya meraih pingat emas di Persidangan Antarabangsa dan Pameran Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi (PECIPTA) 2015 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");