Sukan Hari Ini

Van Gaal sedia lepas jawatan

PENGENDALI Manchester United, Louis van Gaal memberi amaran beliau akan meninggalkan Old Trafford sekiranya tidak mendapat sokongan daripada pemainnya.

Ini kerana, Van Gaal mendakwa, sebagai jurulatih dia memerlukan kerjasama rapat dengan pemain dan ahli lembaga pengarah kelab itu.

“Perkara paling penting adalah persefahaman antara pemain dan kakitangan pasukan.

“Selagi mendapat kerjasama di sini, saya akan terus memberi yang terbaik dalam tugas ini, tetapi jika sebaliknya, saya akan jadi jurulatih pertama yang akan berhenti dan saya sudah buktikan ketika bersama bekas kelab sebelum ini,” katanya.

Van Gaal sebelum ini dikritik hebat musim ini atas taktikal diterapkan kepada pasukan sehingga United gagal menjelmakan aksi menghiburkan seperti era Sir Alex Ferguson.

Penyokong United juga ada menunjukkan rasa kurang senang dan mengejek persembahan hambar pasukan, malah apa yang membimbangkan Van Gaal apabila ada laporan mengatakan beberapa pemain tidak gembira dengan cara beliau.

Van Gaal sebelum ini pernah menghadapi masalah sama ketika memimpin Barcelona dan Ajax selain isu itu hampir menimpanya ketika di AZ Alkmaar.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");