Berita Hari Ini

Vape: Akur titah Tuanku

SHAH ALAM – Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (Mevta) akur dan menyambut baik titah yang dikeluarkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung pengharaman penggunaan rokok elektronik (vape) di negeri berkenaan.

Presiden Mevta, Rizani Zakaria berkata, tempoh masa sebulan yang diberikan untuk larangan penjualan produk itu adalah sangat bersesuaian dan turut memberi kesempatan buat peniaga terlibat untuk membuat sebarang persediaan.

“Sebenarnya tempoh sebulan itu agak memadai berbanding tindakan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sebelum ini yang bertindak merampas barangan peniaga vape tanpa memberikan sebarang tempoh,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Namun begitu, Rizani memaklumkan bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa peniaga yang beroperasi secara besar-besaran akan sedikit terkesan dengan pelaksanaan ini berikutan bakal berdepan dengan masalah pusingan modal.

Menyentuh mengenai masalah sosial disebabkan oleh penggunaan vape, Rizani memaklumkan bahawa Mevta tidak menolak kemungkinan pertambahan perniagaan produk berkenaan secara tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya gejala negatif tersebut.

Rizani berkata, vape bukan merupakan tren namun menjadi langkah alternatif buat masyarakat untuk berhenti merokok dan kebanyakkan masalah sosial yang berlaku adalah disebabkan oleh penggunaan yang terkawal.

“Merokok ini sebenarnya adalah tabiat malah perokok menghisap vape adalah untuk berhenti daripada budaya berkenaan dan bukannya dianggap sebagai tren,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");