Berita Hari Ini

Wan Abdul Bari komander ESSCOM baru

Kota Kinabalu: Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dilantik menjadi Komander Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) menggantikan Datuk Abd Rashid Harun, berkuatkuasa hari ini.

Sebelum ini, Wan Abdul Bari memegang jawatan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Lumpur, menggantikan Abdul Rashid yang akan dinaikkan pangkat sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

Terdahulu Wan Abdul Bari dan Abdul Rashid menandatangani dokumen serah tugas Komander ESSCOM di hadapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut menyaksikan serah tugas Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM antara Nor Alam Khan Abd Wahid Khan dan Ruji Ubi.

Nor Alam mengantikan Ruji yang dilantik menjadi Pegawai Pembangunan Negeri Sabah.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");