Jenayah

Wanita koma kes langgar lari

TIKAM BATU: Anak mangsa langgar lari di jalan berhampiran sebuah perkuburan di Gurun kira-kira jam 5.30 petang, 28 Oktober lalu, meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian membantu untuk mendapatkan pengadilan.

Anak mangsa, Muhammad Firdaus Suhaimi, 21, berkata, ketika kejadian, ibunya, Rosidah Yusof, 43, dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya, E-Idaman di Padang Temusu.

Menurutnya, ibunya menunggang motosikal Yamaha dipercayai dilanggar sebuah lori pasir sebelum diseret dan menyebabkan mangsa parah di kepala.

“Sejak kejadian itu, ibu tak sedarkan diri. Polis pula tak dapat ambil tindakan tanpa bantuan saksi kejadian sebab lori itu guna nombor plat pendaftaran sebuah motosikal.

“Pemilik motosikal itu juga tidak buat laporan disebabkan kekeliruan ini. Jadi, saya rayu saksi kejadian membantu keluarga kami mendapatkan pengadilan,” katanya.

Difahamkan, Rosidah yang tinggal di Taman Ria Mesra mempunyai lima anak, termasuk seorang OKU cacat pendengaran.

Muhammad Firdaus berkata, keluarganya kini dalam keadaan kesempitan wang menanggung ibunya terutama untuk membeli susu tepung dan keperluan lain seperti lampin pakai buang.

“Daripada lima beradik, cuma abang sulung saya bekerja itu pun jual goreng pisang. Pendapatannya tak cukup nak tampung keperluan harian kami, termasuk sara ibu yang koma.

“Jadi, kami harap sangat saksi kejadian atau individu itu sendiri dapat membuat laporan atau menghubungi saya menerusi 014-3019858 supaya kami dapat membuat tuntutan sewajarnya untuk menampung sara hidup ibu,” katanya.

Dalam pada itu, keluarga mangsa mendapat perhatian Pertubuhan Bantuan Bertindak Negeri Kedah.

Pengerusinya, Thana Chew Ne Meng berkata, buat masa ini pertubuhan itu membantu keluarga terbabit membuat permohonan zakat untuk mangsa.

“Malah, kita akan cuba memohon bantuan Perkeso dengan mengambil kira kesusahan yang dilalui anak-anak mangsa untuk menyara ibu mereka yang koma,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");