Panasnya Hari Ini

Zahid Tampil Perjelas Isu RM2.6 bilion Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa dana berjumlah RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini masih dalam siasatan dan menjadi perkara yang subjudis jika ia dibincang kepada awam.

Beliau berkata demikian semasa tampil memberi penjelasan berhubung isu dana tersebut kepada Dewan Rakyat  namun tiada sesi soal jawab bagi membahaskan isu tersebut.

Tambahnya lagi, siasatan berhubung dana itu juga dijalankan dengan bebas oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

Ujarnya lagi, tiada undang-undang khusus yang diperuntukkan bagi mengawal dana politik di Malaysia lantas amalan menerima dana ini dibenarkan oleh mana-mana parti politik termasuk pembangkang.

Bagaimanapun pada sesi penerangan itu tiada soal jawab dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Najib juga sudah menyuarakan hasrat membuat satu pendekatan baharu supaya ada kawalan selia terhadap dana politik namun ia ditolak pembangkang.

Tambahnya lagi, pendekatan itu katanya sudah dua kali dinyatakan susulan isu RM2.6 bilion menjadi perhatian umum.

Pada penerangan itu, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa tampil mempersoalkan mengapa Timbalan Perdana Menteri tampil menjawab bagi pihak Najib.

“Bagaimana Timbalan Perdana Menteri yang menjaga hel ewahl dalam negeri boleh menjawab soalan ini,” soalnya.

Pandikar Amin menjelaskan perkara itu tidak menjadi isu berikutan sebagai Speaker beliau telah memberi kebenaran Ahmad Zahid menjawab bagi pihak Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");