Jenayah

16 ditahan di sembilan pusat hiburan, judi

Seremban: Enam belas individu ditahan di sembilan premis hiburan dan perjudian yang diserbu polis dalam Ops Khas Pusat Hiburan Keluarga di sekitar Seremban, sejak semalam.

Operasi yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan itu bermula 2 petang semalam hingga 5 pagi tadi.

Ketua JSJ negeri, Asisten Komisioner Norazman Mohamad Yusof berkata, 59 premis di sekitar Seremban diperiksa namun, hanya sembilan premis masih beroperasi dan disyaki menjalankan perniagaan tanpa lesen dan aktiviti perjudian.

“Hasil serbuan oleh 30 pegawai dan anggota itu, 11 penjaga premis dan lima pelanggan ditahan berusia lingkungan 30 hingga 50-an. Ada antara premis yang diserbu berselindung di sebalik kafe tetapi di dalamnya menyediakan aktiviti perjudian kepada pelanggan.

“Kita merampas 16 mesin simulator, 14 komputer riba dan wang tunai berjumlah RM2,067. Malah, pemeriksaan turut mendapati semua premis berkenaan menjalankan perniagaan tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke IPK negeri untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1998.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");