Panasnya Hari Ini

1MDB: Desak Tuntut Semula Baki Tertunggak – Rafizi

Foto: Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menggesa agar Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menuntut semula baki tertunggak dari terbitan sukuk dengan serta merta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rafizi berkata, sekiranya Tabung Haji dan KWAP gagal melakukan hal sedemikian , ianya akan membangkitkan kemarahan rakyat dan akan terus menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Rafizi berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah ++mengesahkan bahawa Tabung Haji telah melanggan sebanyak RM920.8 juta dari terbitan sukuk oleh 1MDB berdasarkan jawapan yang diberikan oleh di Parlimen.

Manakala, KWAP pula melanggan sebanyak RM579.2 juta.

Jelas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, ini bermakna setakat ini, Tabung Haji dan KWAP telah memberikan terbitan sukuk 1MDB berkaitan pembangunan Bandar Malaysia yang mencecah sehingga RM1.5 bilion kepada 1MDB.

“Mengambil kira segala pendedahan saya setakat ini tentang bagaimana dana dari sukuk ini tidak digunakan sepenuhnya untuk membiayai kos memindahkan dan menaiktaraf pangkalan-pangkalan tentera udara, saya mendesak supaya Tabung Haji dan KWAP menggunakan haknya mengikut perjanjian menuntut 1MDB membayar kembali semua baki tertunggak dari terbitan sukuk ini secara serta merta,”desaknya.

Terdahulu, Rafizi telah mendedahkan 1MDB telah memperoleh RM2.4 bilion hasil daripada terbitan sukuk dan geran kerajaan Pusat lebih RM1 bilion bagi tujuan menaiktaraf dan memindahkan pangkalan udara di Sungai Besi.

Dakwa Rafizi lagi, 1MDB hanya menggunakan RM800 juta untuk membayar kontraktor yang bertanggungjawab terhadap projek itu namun bakinya tidak diketahui.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");