Berita Hari Ini

AirAsia sasar tiga juta lagi penumpang ke Langkawi

AIRASIA menyasar untuk membawa tiga juta lagi penumpang ke Langkawi dalam tempoh lima tahun akan datang, susulan permintaan berpotensi bagi destinasi pelancongan terkenal itu.

Pada 2015, AirAsia membawa sebanyak 1.6 juta penumpang bagi laluan Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes berkata untuk mencapai sasaran tersebut, syarikat sedang meneliti lebih banyak laluan antarabangsa dari dan ke Langkawi, termasuk Hong Kong, Jakarta dan Shanghai.

AirAsia meraikan penerbangan sulung dari Guangzhou, China ke Langkawi di Kompleks Lang Merah, Lapangan Antarabangsa Langkawi, di sini hari ini.

Semasa Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi pada Mac tahun lepas, syarikat penerbangan tambang rendah itu mengumumkan Langkawi akan menjadi hab antarabangsa terbarunya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");