Berita Hari Ini

Akta Alam Sekitar 1974 akan dipinda

SHAH ALAM – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bercadang untuk meminda Akta Alam Sekitar 1974 bagi memberi lebih kuasa kepada kementerian itu membawa pihak bertanggungjawab mencemar alam sekitar ke muka pengadilan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sudah tiba masanya akta berkenaan dipinda supaya kementeriannya mempunyai “taring” untuk berhadapan dengan isu-isu pencemaran alam sekitar yang semakin kompleks pada masa kini.

Mengambil contoh isu perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang menimbulkan kebimbangan rakyat, beliau berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya berperanan mengambil sampel air yang tercemar dan melakukan kajian terhadap sampel itu.

“Hasil kajian berkenaan kemudian akan diserah kepada kerajaan negeri bagi tindakan selanjutnya sama ada untuk mendakwa pihak terlibat atau sebaliknya.

“Ini kerana, kerajaan negeri ada kuasa untuk ambil tindakan undang-undang, tetapi di peringkat Kerajaan Persekutuan kita tiada kuasa. Ini masalahnya dan ia perlu segera diperbetulkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Pengurusan Pencemaran Marin Kebangsaan di sini hari ini.?

Menurut Wan Junaidi, cadangan pindaan berkenaan masih lagi pada peringkat kementerian dan perbincangan bersama pegawai undang-undang sedang berjalan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");