Panasnya Hari Ini

Angkat Sumpah MB Kedah Dijangka Isnin Hadapan – Portal Berita

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua minggu krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah, majlis angkat sumpah bagi pengganti Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dijangka akan diadakan Isnin hadapan

Menerusi laporan yang diterbitkan oleh portal berita mStar Online, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk menukar pucuk pimpinan negeri Kedah ketika menghadap baginda, Rabu lalu.

Walaubagaimanapun, Jemaah Pemangku Sultan Kedah dilaporkan ragu-ragu dengan calon menteri besar baharu yang dicadangkan oleh Najib.

Setelah persetujuan diberikan, majlis angkat sumpah menteri besar baharu dikatakan mungkin akan diadakan pada Isnin hadapan.

Sementara itu, Mukhriz ketika ditemui di Masjid Negara berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat atau berita berkaitan penukaran menteri besar yang akan diadakan pada Isnin.

Mukriz turut dilaporkan berkata, sumber yang diterima oleh pemberita adalah ragu-ragu.

“Saya tidak boleh komen. Sumber anda ragu-ragu,”ujarnya.

Antara yang disebut bakal menggantikan Mukriz ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Cempedak, Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");