Panasnya Hari Ini

Anina Sifatkan Najib Perdana Menteri Paling Gagal

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri paling gagal dalam sejarah negara kerana dakwanya pemimpin nombor satu negara ini telah bertindak menjual kepentingan negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, Anina juga mendakwa bahawa Perdana Menteri yang baik tidak akan sanggup menjual harta negara kepada syarikat luar semata-mata bagi menyelamatkan sebuah syarikat.

Ujarnya, Perdana Menteri yang baik juga perlu sentiasa berusaha membangunkan ekonomi negara dan mencari jalan memyelesaikan hutang dan sama sekali tidak perlu menjual aset negara kepada pihak luar.

Beliau mengulas mengenai penjualan loji janakuasa milik 1MDB, Edra Global Energy kepada China General Nuclear Power Corportion dan penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineering Corporation (CREC).

“Konsortium IWH-CREC melibatkan pegangan kepentingan 60:40.

“Sekiranya Najib seorang ketua kerajaan yang baik beliau tidak akan menjual harta negara kepada orang asing sebaliknya memikirkan cara membangunkan negara yang diperintah,” katanya.

Tambahnya lagi, Najib turut dinasihati supaya menggunakan contoh bapanya, bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak.

“Pertama kali dalam sejarah saya melihat seorang Perdana Menteri yang paling gagal dalam sejarah negaranya berdiri di hadapan rakyat sambil menyatakan “saya bangga menjadi anak bapa saya dan setiap hari saya hidup untuk mengekalkan warisannya”.

“Ini sunguh tidak masuk akal saya dan 30 juta rakyat Malaysia yang lain. Persoalannya, kepada siapa Datuk Seri Najib hendak buktikan bahawa beliau berjaya seperti ayahandanya, Tun Abd Razak,” katanya.

Dakwanya lagi, 30 juta rakyat tidak akan memaafkan beliau berikutan kegagalannya menyelesaikan isu 1MDB dan juga peningkatan kos sara hidup.

“Bagaimanakah DS Najib boleh menangis pada hari memperingati pemergian Tun Razak sambil menyatakan setiap hari beliau hidup dengan mencontohi ayahandanya.

“Saya sama sekali tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa. Tetapi saya bercakap hari ini demi rakyat. Datuk Seri Najib perlu berhenti dari mengheret Allahyarham Tun Razak dalam kancah kegagalan politiknya pada hari ini.

“Ayahanda beliau jauh lebih mulia dan terhormat di hati rakyat dan wajahnya terpahat dalam kenangan indah sebuah negara berdaulat. Datuk Seri Najib langsung tidak mengikut jejak budi ayahandanya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");