Panasnya Hari Ini

Barangan Rumah Datuk Hamidah Dilelong

KUALA LUMPUR:Barangan di rumah bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng yang dipecat, Datuk Hamidah Osman, telah dilelong pagi ini pada harga RM100,000.

Memetik sumber Berita harian, tindakan lelongan terhadap barangan milik bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng itu berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan beliau membayar RM200,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berhubung satu kes saman malu.

Proses lelongan itu difahamkan bermula pada jam 10.30 pagi.

Proses lelongan melibatkan 62 unit kelengkapan rumah dan tiga set kelengkapan bilik tidur yang terdapat dalam rumah Hamidah di Kampung Tersusun Batu Gajah di sini pada harga bidaan RM200,000.

Sementara itu, Pelelong Berlesen, Hasniza Abu Samah, telah mengumumkan bidaan pada harga lantai RM200,000 tetapi tiada sambutan walaupun diumumkan sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun beliau kemudian mengurangkan harga kepada RM150,000 tetapi turut tidak mendapat sambutan walaupun diumumkan sebanyak tiga kali.

Sejurus itu, harga diturunkan kepada RM100,000 sebelum seorang suri rumah, Fatimah Mohd Isa, 52, membuat bidaan tanpa ada saingan sesiapa.

Fatimah yang juga merupakan rakan karib Hamidah, berkata beliau membeli barangan rumah berkenaan kerana mahu membantu Hamidah yang diibaratkan sebagai pejuang sejak menjadi ahli politik.

“Tiada satu barangan di dalam rumah ini akan dibawa keluar dan saya membeli barangan ini kerana ingin membantu Hamidah,” katanya yang ditemui selepas proses lelongan itu di Batu Gajah.

Hamidah ketika ditemui berkata, beliau reda dengan apa yang berlaku dan itu adalah proses mahkamah yang perlu diturutinya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Hamidah membayar jumlah RM200,000 kepada Khalid atas penerbitan artikel yang bertajuk ‘Umat Islam Perlu Bersatu’ di dalam blog miliknya yang dikatakan terdapat gambar ‘superimposed’ Khalid berpakaian ala seorang paderi di dalam artikel tersebut.

-Foto NSTP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");