Panasnya Hari Ini

Bawa Pulang PROTON Suprima S Dalam Peraduan ‘Pandu Uji & Menang’

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, PROTON Holdings Bhd (PROTON) menerusi syarikat milik penuhnya, PROTON Edar Sdn Bhd melancarkan kempen ‘It’s in the drive’ dan Peraduan ‘Pandu Uji & Menang’ bermula dari 23 Januari sehingga 31 Mac 2016 yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia bersama-sama

Pemenang-pemenang terpilih dalam peraduan yang berlangsung berpeluang membawa pulang hadiah mingguan seperti TV LCD 42”, barangan eletronik seperti telefon bimbit dan Ipad mini lebih kurang RM150,000 dan hadiah utama berupa sebuah PROTON Suprima S 1.6 premium.

“PROTON merupakan pengeluar kereta nasional sejak 30 tahun lalu dan kami berharap akan terus memacu kehadapan utuk kekal relevan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara.

“Kempen yang diadakan ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang bagaimana kereta-kereta PROTON telah berkembang maju berbanding model kereta terdahulu sejak keluaran PROTON Saga yang pertama.

Salah satu cara untuk merasai perbezaan ini ialah dengan memandu uji sendiri kereta PROTON dan pada masa yang sama berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik,”kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Holdings Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Kempen ini akan memulakan siri penjelajahannya di beberapa buah lokasi utama di mana yang pertama ialah pada 23 dan 24 Januari lalu di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Harith berkata, sebagai permulaan, kempen ini menawarkan kadar faedah 2.8 peratus bagi semua kereta PROTON dan skim graduan khas dengan ansuran bulanan bermula RM258 sebulan.

Bagi ganjaran kesetiaan, PROTON turut menawarkan sehingga RM3,000 kepada semua pemilik PROTON yang ingin menggantikan atau membeeli sebuah lagi kereta PROTON.

“Kami sentiasa menegaskan bahawa PROTON bukan sekadar syarikat pengeluar kereta dan melalui kempen ini, pelanggan boleh alami sendiri pemanduan yang selesa,”ujarnya.

Sebagai sebahagian daripada kempen keselamatan Tahun Baru Cina, pemilik kereta PROTON juga digalakkan menghantar kereta mereka untuk pemeriksaan keselamatan 30 mata percuma.

Pemilik juga turut berpeluang mendapatkan harga istimewa untuk pakej perkhidmatan bagi pemeriksaan berjadual di samping diskaun 30 peratus ke atas semua barangan PROTON sepanjang tempoh kempen tersebut diadakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");