Panasnya Hari Ini

Blogger Bidas Kenyataan Fitnah Terhadap Me’nate Steak Hub

Gambar: sumber Google

KUALA LUMPUR : Blogger politik, parpukari.blogspot.com membidas kenyataan fitnah terhadap sebuah restoran terkenal di negara ini iaitu Me’nate Steak hub.

Ia susulan tersebarnya sebuah gambar di laman media sosial yang memaparkan satu resit yang tertera harga mencecah lebih RM19,000 untuk hidangan yang disajikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.

Menurut entri terbaru di laman blognya, beliau berkata, ia merupakan satu kenyataan fitnah yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, ia sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan PM, namun ia merupakan satu usaha untuk menjatuhkan perniagaan Melayu dengan menggunakan pemimpin nombor satu negara itu.

Tegasnya, meskipun pemilik restoran tersebut telah menafikan kenyataan tersebut, namun masih ada pihak yang terus menghentam PM dan juga restoran berkenaan.

Baginya, sudah menjadi kebiasaan apabila timbul sesuatu perkara yang negatif, perkara tersebut akan cepat menjadi viral sehingga menimbulkan persepsi dan cemuhan daripada pelbagai pihak.

“Lumrah manusia kan, bila benda negatif maka ramai yang memviralkan. Walau pemilik Me’nate dah menafikan masih lagi ada yang tak mahu percaya.

“Lantak korang la kalau korang tak nak percaya cuma aku risau ianya akan merosakkan nama baik Me’nate dan paling penting sekali orang melayu yang nak berniaga dengan betul untuk mencari rezeki,” katanya.

Tambahnya lagi, banyak perkara yang boleh dipalsukan lebih-lebih lagi pada zaman teknologi canggih sekarang ini.

“Dalam zaman teknologi sekarang ini, semua benda boleh buat apa lagi resit bodoh macam yang tersiar tu. Sedangkan Whatsapp pun boleh dibuat yang palsu sampai nampak real (betul) la, inikan pula resit bodoh je,” tegasnya lagi.

Ujar blogger itu lagi, pemilik restoran berkenaan iaitu Mustaffa Othman bukanlah seorang yang ‘biasa-biasa’ kerana beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dan pernah menjadi tukang masak kepada orang kenamaan di dunia.

Namun, disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh chef berkenaan, beliau menjadi sasaran fitnah daripada pihak yang ingin menjatuhkannya.

“Jadi aku nampak kehadiran dia especially seorang usahawan Melayu dan mempunyai resipi daging terbaik dunia maka akan menjadi ancaman kepada pengusaha kedai western yang lain. Aku tau ini bukan kerja orang melayu untuk kenakan dia tapi ini kerja satu kaum yang tak boleh tengok kaum melayu menjadi senang dan berjaya,” jelasnya.

Diakhir penulisannya, beliau berharap agar orang ramai menghentikan penyebaran perkara tersebut dan membantu untuk menyebarkan perkara yang sebenar.

“Mana baik untuk negara dan rakyat aku sokong, yang mana memudaratkan aku bantah dan lawan habis-habisan. Tolong aku dengan sebarkan akan kebenaran ini. Marilah kita sama-sama bantu pengusaha Melayu kita,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");