Perak Hari Ini

Bubur Lambuk Warisan Kampung Baru Di Ipoh Terap Konsep Derma

IPOH: Bubur lambuk Kampung Baru tidak asing lagi kepada semua penduduk di sekitar Kuala Lumpur khususnya, terutama apabila tiba bulan Ramadhan namun kali ini ia dibawa keluar dari kota metropolitan tersebut dan dibawa ke utara tanah air untuk dinikmati masyarakat di sini.

Namun kini, penduduk Perak terutamanya di bandaraya Ipoh juga berpeluang merasai sendiri kesedapan dan keenakan bubur lambuk Warisan Kampung Baru yang kini boleh didapati di Restoran D’Patin Termerloh Gril & zon C bersebelahan Kompleks Renang Majlis Bandaraya Ipoh di sini.

IMG-20160125-WA0004

Menurut pemilik Restoran D’Patin, dikenali sebagai Asri sebagai anak jati Kampung Baru dan pengalaman memasak bubur tersebut selama lebih 15 tahun menjadikan beliau berminat memberi peluang kepada penduduk Ipoh merasainya sendiri tanpa perlu ke Kampung Baru.

Katanya, selain menjual di restoran yang diuruskannya, beliau turut memperkenalkan konsep derma untuk disedekahkan kepada penduduk di bandaraya Ipoh.

“Konsep penyediaan bubur lambuk ini adalah lebih kepada konsep derma di antara dua pihak penderma dan juga yang menerima,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau turut mengalu-alukan jika terdapat pihak swasta atau kerajaan berminat turut serta dalam program derma bubur lambuk Kampung Baru ini untuk diedarkan.

IMG-20160125-WA0013

Bermula sejak sebulan lalu, Asri menjalankan agihan secara bubur lambuk berkenaan secara kecil-kecilan di masjid, hospital dan Jabatan Kerajaan seperti Polis dan Bomba di sekitar bandaraya ini.

“Agihan setakat ini mengikut kemampuan saya dan jika ada penderma yang ingin bersama saya dengan program ini pastinya jumlah bubur lambuk Kampung Baru ini boleh ditingkatkan,” katanya.

Ujarnya, anggaran penyediaan satu periuk bubur lambuk memerlukan kos sekitar RM550 sehingga RM600 untuk agihan sebanyak 300 bungkus plastik manakala sekitar 400 bagi bubur yang menggunakan mangkuk plastik.

Mengulas lanjut, penderma juga boleh bersama-sama datang untuk memasak bubur lambuk tersebut atau menyerahkan tugas memasak sepenuhnya kepada D’Patin Temerloh & Grill.

IMG-20160125-WA0010

Selain itu, penderma juga boleh menampal pelekat logo syarikat masing-masing dan boleh menyertai pengagihan bubur lambuk tersebut.

Agihan seterusnya adalah di lokasi derma bubur lambuk Kampung Baru minggu hadapan akan dijalankan di Masjid Negeri pada Jumaat ini.

Bagi yang berminat untuk merasai dan menyertai juga menderma bubur lambuk Kampung Baru di Ipoh boleh mendapatkannya di restoran D’Patin setiap hari.

 

Restoran: D’Patin Temerloh & Gril
Lokasi : zon C bersebelahan Kompleks Renang Majlis Bandaraya Ipoh
No contact: Asri ( 014-2210971)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");