Sukan Hari Ini

Courtois positif!

London: Penjaga gol Chelsea Thibaut Courtois (gambar) percaya memulakan 2016 dengan keputusan positif akan membantu perkembangan pasukannya yang sudah mula bangkit mempamer aksi membanggakan.

Kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace, Ahad lalu yang keempat berturut-turut diraih tetapi apa yang lebih penting adalah kualiti persembahan dipamerkan.

“Saya rasa, sejak beberapa minggu lalu, kami sudah mempamerkan aksi membanggakan cuma tidak memperoleh keputusan dikehendaki,” kata Courtois yang membuat kemunculan ke-50 bersama Chelsea di Selhurst Park.

“Ketika menentang Crystal Palace, kami mendapat keputusan selain turut bermain baik. Aksi itu boleh dibanggakan dan kami mahu mengharungi perlawanan selepas ini dengan penuh yakin. Kemenangan ke atas Palace sangat penting.”

Sepanjang tiga perlawanan sejak kehadiran Guus Hiddink, Blues mencatat dua seri dan satu menang sekali gus membuatkan Courtois sedar dengan impak dihadirkan pengendali Belanda berkenaan.

“Beliau ada meluahkan apa yang dimahukan daripada kami. Taktikal kami sedikit berubah, begitu juga dengan corak latihan,” katanya.

“Beliau menggunakan pendekatan lain ketika berlatih. Ada kalanya, beliau menerapkan taktik baru serta kaedah permainan yang dimahukan daripada kami. Setiap pengurus mempunyai corak latihan berbeza.

“Dalam bola sepak, jika anda beroleh keputusan negatif, individu pertama akan disalahkan ialah pengurus tapi sebenarnya bukan pengendali pasukan semata-mata sebaliknya pemain juga perlu memikul tanggungjawab kerana kami yang bermain.

“Kehadiran pengurus baru itu menyaksikan beberapa perubahan. Mungkin mentaliti segelintir pemain sudah berubah dan anda beroleh keputusan membanggakan tapi kami masih pasukan sama ketika muncul juara tahun lalu.” – Agensi/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");