Panasnya Hari Ini

DAP Dilema Cadangan Tambah Sokongan Ahli Melayu

KUALA LUMPUR: DAP berhadapan dengan dilema apabila ahlinya sendiri tidak selesa dengan cadangan 50 peratus ahli baru yang terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera dari Sabah serta Sarawak.

Memetik sumber Therakyatpost, menurut Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming, cadangan tersebut adalah strategi baik bagi untuk mengurangkan “pandangan cauvinis” yang dipaparkan parti itu.

Beliau turut mengakui parti itu juga turut berdepan masalah tentangan dalaman dan turut berdepan rintangan luaran, kerana orang luar juga mungkin tidak selesa dengan cadangan itu.

“Apabila niat seperti ini dibentangkan dalam parti, ada ahli yang tidak selesa dengan cadangan ia (parti) mahu mencapai sasaran keahlian 50 peratus orang Melayu dan bumiputera.

“Kami mahu mengurangkan persepsi di kalangan pengundi Melayu, supaya kami boleh meraih lebih banyak undi Melayu melalui penambahan keahlian Melayu, tetapi mendapat tentangan dalaman,” katanya pada forum “Mampukah parti pembangkang meraih undi Melayu pada PRU14?”, semalam.

Beliau turut mengakui bahawa persepsi seperti DAP adalah anti-Melayu, anti-Islam dan pejuang hak orang Cina bukanlah sesuatu yang baru malah parti itu juga mempunyai sejarah dilabelkan sebagai “momok”.

Jelasnya, merujuk kajian yang dijalankan pemikir Institut Darul Ehsan (IDE), 64 peratus daripada 1,716 responden Melayu di Selangor bersetuju bahawa DAP adalah sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam.

Berdasarkan angka tersebut ia adalah membimbangkan dan beliau turut bersetuju bahawa persepsi itu perlu ditangani.

Menurutnya, cabaran parti itu adalah mengubah imej dan persepsi mengenai perkara itu namun bagaimanapun ia memerlukan beberapa “syarat”.

“Salah satu syarat ialah kita tidak boleh menembak diri di kaki. Ini termasuk pemimpin DAP yang telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan melukakan hati orang Melayu secara tidak sengaja.

“Kebanyakannya ada kaitan dengan kesedaran pemimpin DAP terhadap isu-isu sensitif di kalangan pengundi Melayu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");