Panasnya Hari Ini

Derma RM2.6b: Peguam Negara Perlu Jelaskan Secara Terperinci

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendesak supaya peguam Negara,Tan Sri Mohamad Apandi Ali agar memberi jawapan yang konkrit dan komprehensif berkaitan pengumuman Apandi yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang jenayah dalam kes yang melibatkan wang derma RM2.6 bilion dan RM42 juta dari syarikat SRC International.

Menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebooknya, tindakan itu dirasakan perlu berikutan 30 juta rakyat di Negara ini juga mengetahuinya secara lebih lanjut justifikasi yang dilakukan oleh Apandi berkaitan kes tersebut.

“Walaupun ini sudah diduga oleh semua orang akan keputusan yang bakal diumumkan oleh peguam Negara, namun, Tan Sri Apandi jangan ambil mudah dalam isu polemik ini kerana satu jawapan yang telus amat dinantikan oleh rakyat Malaysia.

“Dalam apa jua keadaan, rakyat Malaysia tidak bodoh! Jangan terus nak memperbodohkan rakyat di peringkat akar umbi,”tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan sekiranya perkara sama yang terjadi kepada Perdana Menteri turut berlaku kepada orang lain, adakah individu tersebut akan didakwa sekiranya wang itu telah dikembalikan kepada penderma.

“Saya nak tanya peguam Negara, di masa hadapan sekiranya seseorang itu terima rasuah dan duit masuk dalam akaun peribadinya, tetapi apabila diketahui umum dan beliau pulang semula wang tersebut, adakah orang itu terus terbebas dari pertuduhan amalan rasuah?

“Boleh peguam Negara beri jawapan kepada kemusykilan persoalan saya ini?”soalnya.

Terdahulu, Apandi mengumumkan bahawa Najib tidak melakukan sebarang jenayah berkaitan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya serta siasatan yang berkaitan SRC International.

Jelas Apandi lagi, Najib juga telah mengembalikan semula RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion yang diterimanya kerana dana tersebut tidak digunakan.

Apandi juga turut mengarahkan agar kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan dilakukan terhadap perdana menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");