Panasnya Hari Ini

Enggan Ulas Penganjuran Miss Tourism World

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha enggan memberi sebarang ulasan berhubung penganjuran pertandingan akhir Miss Tourism World 2015/16 yang akan berlangsung di Melaka esok.

“Yang itu biarlah,” katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang media pengumuman keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK), memetik laporan MalaysiaKini.

Terdahulu, dua parti pembangkang Islam, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan pertandingan itu merupakan bertentangan dengan syariat Islam dan adab ketimuran.

Selain itu, terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut melahirkan rasa kesal dengan penganjuran pertandingan tersebut.

Ketua Angkatan Wanita AMANAH, Mahani Othman Basir berkata, pertandingan Miss Tourism itu ternyata haram di sisi Islam kerana pesertanya memakai pakaian yang menjolok mata, tidak sopan dan penontonnya pula terdiri daripada lelaki dan wanita.

Menurut Mahani lagi, apa yang lebih dikesalkan ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron akan turut hadir untuk memeriahkan lagi acara tersebut.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man berkata, pertandingan ratu cantik ini boleh diumpamakan sebagai ‘mengeksploitasi wanita’.

“Dewan Muslimat yang mendukung dasar PAS iaitu Islam membantah sekeras-kerasnya penganjuran program tersebut.

“Sesungguhnya Islam mengangkat lagi memartabatkan maruah wanita,”ujarnya.

Idris bagaimanapun berkata, Melaka mampu mendapat manfaat besar terutamanya didalam sektor pelancongan apabila mendapat publisiti daripada kunjungan ratu cantik dari seluruh dunia.

Idris turut dilaporkan berkata, pendekatan bijak bagi mempromosikan sektor pelancongan negeri menerusi pertandingan ini mampu meletakkan Melaka sebagai destinasi pelancongan berjenama besar.

Miss Tourism World merupakan satu acara antarabangsa yang pernah diadakan di Venezuela, Equatorial Guinea dan Thailand.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");