Sukan Hari Ini

Felda United janji bangkit raih tiga mata

SELEPAS sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang skuad Nepal Bawah 23 Tahun (B23) pada perlawanan pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Bangabandhu 2016, Felda United tekad meraih tiga mata penuh apabila turun berdepan Bangladesh hari ini.

Pengendali The Fighters, Irfan Bakti Abu Salim berkata, walaupun hanya mengutip satu mata pada perlawanan pertama tempoh hari, anak didiknya beraksi cemerlang.

“Kita tak boleh turunkan pemain import untuk kejohanan ini kerana ia ditetapkan penganjur kejohanan, jadi kita guna pemain lama dan muda sebagai pendedahan awal.

“Alhamdulillah walaupun seri saya tetap berpuas hati dengan persembahan pemain apabila beraksi dalam keadaan cuaca panas selain padang kurang sesuai,” katanya.

Mengulas pertembungan dengan Bangladesh, Irfan Bakti menaruh keyakinan tiga mata mampu diraih pasukan untuk meneruskan kemaraan dalam kejohanan ini.

“Kami melihat corak permainan tuan rumah, jadi kita ada perancangan dan berharap barisan pemain yang diturunkan beraksi mampu menterjemahkan dengan jaringan untuk memastikan kemenangan.

“Memang lawan miliki kelebihan sebagai tuan rumah, tapi kami yakin kemampuan pemain dan akan memberikan saingan,” katanya.

Tuan rumah memulakan langkah kanan apabila menang 4-2 ke atas Sri Lanka dan pastinya perlawanan ini mampu menguji sejauh mana kemampuan Fighters beraksi tanpa pemain import.

Felda United diundi dalam Kumpulan A bersama Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal manakala Bahrain, Maldives, Kemboja dan pasukan Olimpik Bangladesh dalam Kumpulan B.

Selepas menentang Bangladesh hari ini, anak didik Irfan Bakti akan melengkapkan saingan peringkat kumpuan untuk bertemu Sri Lanka,14 Januari nanti.

Skuad Harimau Muda muncul juara kejohanan itu tahun lalu selepas menewaskan Bangladesh 3-2 pada aksi final di Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh.

Kemenangan itu adalah yang kedua diraih Malaysia selepas muncul juara edisi pertama pada 1996 menerusi kemenangan 2-1 ke atas kelab dari Indonesia, PSM Makassar.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");