Jenayah

Feri bertembung tongkang diapung

Semporna: Feri penumpang yang terbabit dalam insiden perlanggaran dengan sebuah tongkang di perairan Semporna, Rabu lalu, kini sedang diapungkan untuk dialihkan ke lokasi lain.

Menurut jurucakap Jabatan Laut Sabah Cawangan Tawau, pemilik feri itu kini berusaha mengapungkannya, selain menilai tahap kerugian yang dialami.

“Jabatan Laut Sabah difahamkan, pemiliknya kini giat menjalankan usaha untuk mengapung feri ini untuk dialihkan.

“Sekiranya diapungkan, pemiliknya akan membuat keputusan sama ada feri ini akan dibaiki atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Jabatan Laut Sabah turut mengesahkan sudah menemui tongkang yang dipercayai bertembung dengan feri berkenaan.

“Pasukan penyiasat berjaya mengesan tongkang ini di perairan Tawau pada jam 10 pagi, Jumaat lalu.

“Ketika dikesan, tongkang ini dalam perjalanan dari Semporna ke Tawau,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan beberapa sampel sudah diambil dan dirujuk ke Jabatan Kimia untuk tujuan analisis.

Terdahulu, dalam kejadian jam 8 malam, Rabu lalu, feri membawa 160 penumpang dari Tawi-Tawi, Filipina menuju ke Semporna, berlanggar dengan sebuah tongkang ketika melalui perairan Semporna.

Bagaimanapun, semua penumpang berjaya diselamatkan pasukan penyelamat, manakala tekong tongkang menghilangkan diri.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");