Sukan Hari Ini

Helang Merah cepat serasi

[email protected]
Alor Setar: Biarpun latihan Kedah bermula tanpa empat pemain import, ketua jurulatih Helang Merah Tan Cheng Hoe tetap tersenyum lebar melihatkan sembilan muka baru pasukan itu sudah menampakkan persefahaman baik.

Kedah memulakan latihan mereka di Stadium Mini Peremba kelmarin dengan hanya barisan pemain tempatan tanpa kelibat Baddrol Bakhtiar kerana masih berbulan madu di London.

“Walaupun baru pertama kali berlatih bersama, kesemua pemain menunjukkan kesungguhan dan kerja keras mengikuti segala latihan. Mereka tidak nampak seolah-olah baru beraksi bersama buat kali pertama dan inilah yang saya harapkan,” kata Cheng Hoe.

Mengenai Baddrol, beliau berkata, pemain itu akan turun berlatih pada 6 Januari ini manakala empat pemain import membabitkan Liridon Krasniqi, Bang Seng Hwan, Sandro Da Silva serta penyerang baru dari Brazil Carlos Kahe belum diketahui tarikh sebenar akan berada di Alor Setar.

“Saya sudah menyatakan hasrat yang mahu mereka kembali secepat mungkin untuk menjalani latihan bersama rakan sepasukan lain kerana kami sudah mula menjalani latihan sejak kelmarin,” katanya.

Katanya, latihan akan diteruskan dengan beberapa perlawanan ujian selepas kesemua pemain kembali untuk menjalani latihan kerana mereka hanya mempunyai masa sebulan lagi untuk menghadapi cabaran Liga Super.

“Kini waktu rehat sudah tamat dan masa untuk berkerja keras sudah bermula. Kesemua pemain perlu menerima hakikat ini,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");