Sukan Hari Ini

‘Iqram mangsa aniaya BAM’

Kuala Lumpur: Bekas atlet pelapis Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Muhammad Iqram Maula Azman memutuskan untuk melupakan sukan badminton selepas berdepan dengan pengalaman mengecewakan bersama badan induk itu.

Selepas digugurkan daripada skuad pelapis tanpa alasan kukuh Iqram berkata, dia memilih untuk meneruskan pelajaran.

Namun bapanya Datuk Azman Abdullah dan ibu Datuk Nor Raihati Alias tampil meluahkan rasa tidak puas hati dengan badan induk badminton berkenaan kerana menyifatkan anak mereka digugurkan tanpa alasan kukuh.

Azman berkata, tujuan sidang media yang berlangsung di Hotel Seri Pasifik semalam diadakan adalah bagi mendedahkan kepincangan BAM yang mempunyai sikap pilih kasih.

“Anak saya menjadi mangsa aniaya BAM terutama Pengarah Teknikal Morten Frost Hansen yang tidak konsisten dengan kata-katanya. Anak saya juga tidak diberi layanan adil terutama apabila membabitkan soal kejohanan.

“Saya harap pihak pengurusan BAM mengambil tindakan sewajarnya agar tiada lagi pemain yang akan menjadi mangsa kerana perkara ini boleh membuatkan kita boleh kehilangan pemain berbakat,” katanya.

Sementara itu Frost dalam satu kenyataan tampil menjawab persoalan itu dengan menegaskan BAM tetap dengan keputusan mereka menggugurkan Iqram.

“BAM sudah mengikut prosedur yang diperlukan dalam kes Iqram ini.

“Keputusan itu juga sudah dipersetujui dalam mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan (C&T), mesyuarat exco dan ahli majlis sebanyak dua kali. Kami di BAM mengucapkan semoga berjaya kepada Iqram,” kata Frost.

Difahamkan sebanyak lapan pemain termasuk Iqram digugurkan daripada BAM bulan lalu dengan dua daripada mereka memilih untuk meninggalkan BAM secara sukarela.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");