Membawang Hari Ini

Istimewa dari Ella untuk peminat

RATU rock negara suatu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Lebih tiga dekad mengharungi kehidupan seni sehingga diangkat sebagai ratu rock negara sudah cukup membuktikan kehebatan Ella sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik negara.

Gelaran Ratu Rock Negara amat bersesuaian dengan populariti dan kemasyhuran yang diraihnya sepanjang 30 tahun berkecimpung sebagai anak seni.

Kejayaan demi kejayaan sepanjang penglibatan dan kemampuan bertahan hingga ke saat ini membuatkan Ella terpanggil untuk memberikan sesuatu yang istimewa kepada peminat-peminat setia yang sentiasa menantikannya.

Ella bersama penganjur utama, Ben Jawi Entertainment akan meraikan Minggu Setiausaha buat pertama kalinya pada 27 April 2016 (Rabu), bertempat di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari.

Tiket yang mula dijual sejak awal bulan ini menawarkan harga serendah RM400 sehingga RM800.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");