Perak Hari Ini

Isu Air: Kerajaan Negeri Bersedia Bincang Dengan Pulau Pinang

BAGAN SERAI: Kerajaan negeri bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajan Negeri Pulau Pinang berhubung isu penjualan air mentah dengan mementingkan kepada keperluan dan kemahuan kedua belah dua pihak.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Negeri Perak sama sekali tidak mahu untuk mewujudkan suasana tidak baik dari segi perhubungan dua negeri.

“Berkemungkinan tanggapan ianya berlatarbelakangkan politik tetapi keperluan air adalah untuk negara tidak timbul.

“Tidak timbul suara-suara bahawa kerajaan negeri Perak dengan pulau Pinang tidak sependirian berdasarkan latar politik yang berbeza,” katanya.

Tegasnya lagi, perkara itu lebih kepada soal keputusan yang perlu diambil kira melibatkan keperluan negeri, kedudukan negeri dan perniagaan.

“Semua meniaga,Pulau Pinang berniaga air, kita meniaga dan dalam masa yang sama kita perlu mengambil kira keperluan negeri Perak bukan hanya masa kini tetapi masa akan datang,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya lagi, persetujuan itu perlu melihat dari segi model perniagaan yang telah dikemukakan dan tidak boleh hanya memperuntukan penjuala air mentah semata.

“Kami minta jika ada perbincangan kita adakan perbincangan dan perlu melihat kepada keperluan negeri,” katanya lagi.

Tegasnya, kedua belah pihak berperanan menjual sumber tersebut dan tidak adil bagi negeri Perak sekiranya hanya menjual air mentah dan bukannya air terawat.

“Masing-masing menjual air itu, tak akan lah kita menjual air mentah sahaja dan mereka hanya menjual air terawat dan air terawat memperolehi keuntungan berlipat kali ganda .. kita hanya menjual pada keuntungan yang sikit,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, ia juga bukan bertindak menganiaya sesiapa cuma perlu mengambil kira kepentingan kedua-dua negeri.

Perundingan juga katanya tidak boleh hanya mengikut kemahuan satu pihak semata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");