Panasnya Hari Ini

Isu Bauksit: Bilakah Akan Selesai?

KUALA LUMPUR: Persoalan demi persoalan timbul berhubung isu bauksit yang berlaku di Kuantan dilihat seakan tiada penghujungnya.

Antara yang menjadi persoalan adalah bilakah isu tersebut akan berakhir sehingga pada satu tahap terdapat penduduk yang bertindak sendiri.

Jika dilihat, yang paling terkesan adalah penduduk setempat yang terdedah dengan pelbagai penyakit berikutan pencemaran yang berlaku berpunca daripada aktiviti bauksit berkenaan.

Isu tersebut turut mengundang persepsi dan pandangan daripada pelbagai pihak termasuklah blogger politik, parpukari.blogspot.com.my.

Menerusi catatan terbarunya, beliau menyuarakan kemusykilannya terhadap parti pembangkang yang seakan membisu berhubung perkara tersebut tidak seperti semasa isu Lynas terdahulu dimana mereka lantang bersuara.

“Pelik, pembangkang dan ahli Parlimen pembangkang yang kuat bising pasal isu Lynas dulu, sekarang menyepi dan macam tak kisah dengan isu ini,” katanya.

Ujarnya, beliau turut cuba mendapatkan cerita sebenar berhubung perkara tersebut, namun ia menimbulkan kekeliruan.

“Menurut dari sumber yang aku tak boleh nak sebut nama, kes bauksit ini sangat complicated (rumit), sebab tanah yang diberi kebenaran untuk membuat pelombongan bauksit adalah milik kampung Melayu disana, mereka telah memajakkan tanah-tanah tersebut kepada tauke-tauke Cina,” katanya lagi.

Beliau turut menyoal berkenaan kenapa lori-lori yang dibawa untuk aktiviti bauksit tersebut dibiarkan keluar masuk sesuka hati serta tidak mematuhi faktor keselamatan dan jawapan yang diperolehi amat mengejutkan.

“Jawapan yang aku terima SPAD hanya menyaman mereka sebanyak RM300 sahaja dan lori mereka tidak disita. Bagi tauke Cina pula setakat nak bayar saman RM300 ni senang je. Tak ada masalah pun.

“Jadi, kalau SPAD mainkan peranan dan sita lori-lori ni semua, mesti tauke Cina akan takut punya. Tapi inilah masalahnya bila kita nak highlight nanti dan kata ada dah mamam rasuah dikata kita buat fitnah,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak mahu membuat tuduhan melulu dan meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");