Panasnya Hari Ini

Isu MB Kedah: Jemaah Pemangku Sultan Kedah Adakan Pertemuan Untuk Penilaian

KUALA LUMPUR:Jemaah Pemangku Sultan Kedah dijangka akan mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bagi meneliti perihal isu yang berkaitan dengan Menteri Besar negeri tersebut.

Memetik laporan Mstar, dikatakan terdapat tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang ingin menemui wakil rakyat BN secara individu esok.

Pertemuan itu diatur supaya mereka boleh membuat penilaian mengenai situasi semasa sebelum penyelesaian muktamad dibuat.

Menurut laporan daripada sumber politik Kedah, langkah itu juga perlu dibuat susulan keengganan Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan selaku Menteri Besar.

Difahamkan kesemua 21 wakil rakyat BN akan dipanggil termasuk Mukhriz sendiri.

Mesyuarat itu dijangka akan diadakan di Alor Setar adalah bertujuan untuk Jemaah Pemangku Sultan Kedah menilai sendiri sama ada majoriti wakil rakyat BN menyokong perubahan Menteri Besar.

Sebanyak 19 wakil rakyat dilaporkan menandatangani akuan bersumpah pada minggu lepas bersetuju dengan perubahan itu.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dan akuan bersumpah itu membayangkan bahawa langkah BN untuk melakukan perubahan Menteri Besar mendapat sokongan majoriti.

Bagaimanapun terdapat juga dakwaan bahawa beberapa wakil rakyat menandatangani akuan bersumpah berkenaan dalam keadaan terpaksa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");