Panasnya Hari Ini

Isu MB Kedah: Tidak Wajar Guna Rakyat Untuk Kepentingan Individu

KUALA LUMPUR:Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa merasakan adalah tidak wajar menggunakan rakyat yang berkuasa memilih wakil rakyat turut terlibat dalam krisis politik Kedah yang kian meruncing.

Memetik sumber laporan Sinar, kekuatan Umno adalah kesetiaan kepada parti, malah dalam senario politik Kedah, kemenangan BN bukannya bergantung kepada kemenangan individu.

“Kemenangan PRU13 melibatkan seluruh jentera komponen parti, bukan individu. Pelantikan Menteri Besar ketika itu tidak boleh dipertikai mana-mana pemimpin. Ahmad Bashah sendiri menghormati keputusan Presiden ketika itu,” katanya.

“Rakyat telah memilih wakil mereka, sudah tentu wakil mereka juga tahu permasalahan dalam menunaikan tanggung jawab di kawasan. Isu ini boleh dihentikan lebih awal jika kita faham tentang organisasi. Kita dilantik oleh Presiden dengan restu ALLAH SWT,” katanya.

Ujarnya lagi himpunan rakyat tidak perlu dijadikan budaya dalam Umno demi kepentingan individu tertentu.

Sementara itu tegasnya, persetujuan majoriti Umno Kedah juga dengan sebulat suara menginginkan Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dicalonkan bagi menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tambah beliau pemilihan Ahmad Bashah yang juga selaku ‘orang lama’ dilihat turut memiliki kelebihan di situ selain hubungan baik dengan pimpinan Pusat, malah bergelar wakil rakyat sejak beberapa penggal.

“Bukankah itu suatu kelebihan. Saya yakin beliau mampu memberikan hasil terbaik,” katanya.

Tegasnya, kemampuan dan kelebihan yang ada itu adalah penting bagi menyakinkan rakyat dengan kepimpinan Umno Kedah.

“Hubungan baik membolehkan penumpuan diberikan dalam membantu isu rakyat yang dihimpit pelbagai masalah termasuk kenaikan harga barang. Jangan pula kita melebarkan krisis parti kerana mungkin membawa kepada polemik lebih besar,” katanya.

Tambahnya lagi, Ahmad Bashah selaku wakil rakyat paling lama berkhidmat (PRU 1999, 2004, 2008, 2013), beliau lebih mengenali hati budi pemimpin politik di Kedah.

“Beliau amat dihormati kalangan pimpinan Umno. Beliau dilantik sebagai jurucakap kumpulan yang tidak menyokong kepimpinan Mukhriz bukan sahaja disebabkan kapasiti sebagai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, sebaliknya penghormatan sebagai orang lama yang sudah lalui asam garam politik Kedah,” katanya.

foto-sinar harian

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");