Berita Hari Ini

Jakim jawab isu Miss Tourism World

SHAH ALAM – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha menjelaskan kenyataan beliau mengenai pertandingan Miss Tourism World di Melaka disalah tafsir sebuah portal.

Menurutnya, kenyataan yang dipetik sebagai berkata ‘yang itu biarlah’ berkaitan pertandingan tersebut membawa maksud sidang media diadakan kelmarin memberi tumpuan kepada pengumuman keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).

“Manakala isu dikemukakan wartawan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa negeri,” katanya.

Mengulas mengenai penganjuran pertandingan tersebut, Othman berkata, isu tersebut tidak perlu diperbesarkan jika penganjur telah mendapat kebenaran penganjuran.

“Justeru, dalam konteks penganjuran pertandingan berkenaan, Jakim berpandangan pihak berkuasa negeri telah mengambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Melaka,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");