Berita Hari Ini

Jakim kerjasama dengan agensi keselamatan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan beberapa agensi keselamatan dalam usaha membendung penyebaran fahaman kumpulan militan IS di negara ini.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya bersama agensi keselamatan yang lain akan memperketatkan mutu kawalan keselamatan termasuk mengenal pasti lokasi tumpuan kumpulan pengganas tersebut.

“Kita masih belum mengenal pasti lokasi tumpuan itu, namun Jakim akan bekerjasama dengan agensi keselamatan secepat mungkin menyiasat di mana tempat persembunyian dilakukan.

“Setelah mengenal pasti lokasi tumpuan, kawalan keselamatan akan diperketatkan di situ termasuk menambah bilangan anggota kita untuk pantau aktiviti kumpulan pengganas ini,” katanya ketika ditemui di sidang media Pengumuman Keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2015 di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan awam negara ini termasuk di sempadan susulan kejadian letupan bom dan tembakan yang menyebabkan tujuh kematian di Jakarta, Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia tidak menolak kemungkinan insiden itu didalangi kumpulan IS berdasarkan corak serangan yang meniru insiden di Paris, tahun lalu.

Menurut Othman, Jakim juga akan memperluaskan penyebaran maklumat kepada masyarakat bagi memberi kefahaman mengenai bahaya IS.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");