Panasnya Hari Ini

Jangan Buat Spekulasi Berhubung Pemberian Bonus TH

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) meminta agar semua umat Islam di negara ini dan juga para pendepositnya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tarikh pengumuman bonus pendeposit TH.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat TH menerusi satu kenyataan berkata, pada kelazimannya TH akan mengumumkan bonus pendeposit pada suku pertama, diantara Januari dan Mac, tahun semasa.

“TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi.

“Konsep simpanan di TH adalah Al Wadiah Yad Dhamanah di mana apa-apa pulangan adalah dalam bentuk Hibah tertakluk kepada prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan,”ujarnya.

Mengulas lanjut, konsep yang diamalkan oleh TH tidak mempunyai perbezaan dengan konsep Al Wadiah oleh institusi perbankan Islam.

Katanya, TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung Februari dan awal Mac.

“Namun pada tahun lalu, pengumuman bonus dapat diumumkan lebih awal.

“Walaupun tahun 2015 adalah mencabar, namun TH percaya hasil Strategi Alokasi Asetnya dapat membantu pulangan pendapatannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");