Membawang Hari Ini

‘Kami tidak akan berpisah’

Peminat One Direction boleh menarik nafas lega apabila Liam Payne memberi jaminan kumpulan itu tidak akan berpisah seperti yang dikhabarkan sebelum ini.

Penyanyi berusia 22 tahun itu berkata, dia akan berkumpul semula dengan anggota One Direction lain, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Niall Horan selepas mereka cuti berehat tahun ini.

“Tidak, kami tidak akan berpisah dan baru saja dicalonkan dalam dua kategori bagi anugerah The Brit Awards 2016,” katanya.

Ketika ditanyakan mengenai Zayn Malik, Payne tidak menolak kemungkinan bekas anggota One Direction itu kembali bersatu dengan kumpulan berkenaan.

“Mana tahu, dia kini sibuk dengan kariernya dan berada dalam keadaan baik. Sudah tentu saya akan menerima Zayn semula dengan tangan terbuka kerana nyanyiannya,” katanya.

Bagaimanapun, Payne berkata, One Direction tiada perancangan untuk mencari anggota baru bagi menggantikan tempat Zayn.

“Cukuplah kami berempat dan tidak memerlukan lebih ramai anggota,” katanya.

Sebelum ini timbul spekulasi One Direction akan mengikut haluan masing-masing selepas mengeluarkan album kelima mereka, Made in the A.M pada November lalu.

Dalam perkembangan lain, Payne bakal mengeluarkan single solonya berjudul Little Song.

Penyanyi itu menerusi akaun sosial Instagram miliknya berkongsi klip lagu Little Song berdurasi 15 saat kepada peminatnya, kelmarin.

Single itu berkonsepkan R&B dan berbeza dengan lagu yang dihasilkan untuk One Direction. Malah, Payne turut menyanyi rap dalam single berkenaan.

Biarpun Payne tidak pernah mengumumkan secara rasmi mengenai karier solo dan kemunculan single itu membuatkan ramai peminatnya tertanya-tanya mengenai perancangannya pada tahun ini.

Selain itu, pada Disember lalu Payne turut menghasilkan lagu The Night We Met bagi kumpulan dari Ireland, Hometown.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");