Panasnya Hari Ini

Kedah Akan ‘Jatuh’ Jika Singkir Mukhriz – Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tindakan untuk menggulingkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjejaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, sekiranya Mukhriz digulingkan, ianya akan membawa kejatuhan kepada BN.

“Saya tidak mengatakan supaya jangan tukar menteri besar, tetapi tahu apa akibatnya,”katanya, memetik laporan mstar.

Tun Mahathir turut menyifatkan bahawa pihak yang ingin menyingkirkan Mukhriz sebenarnya ‘tidak mempunyai reputasi yang baik’.

“Mereka menyebabkan BN tewas kepada PAS (pada tahun 2008). Oleh itu, jika mereka mengambil alih, kemungkinan mereka akan kalah dalam pilihan raya akan datang,”ujar beliau.

Beliau turut memberi nasihat kepada Mukhriz bahawa tidak ada apa-apa yang kekal kerana apa-apa sahaja boleh berlaku di dalam politik.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Tak ada apa-apa yang kekal. Anda ada rakan dan musuh. Kadang-kadang rakan untuk berkelakuan seperti musuh dan kadang-kadang musuh akan berkelakuan seperti kawan,”nasihatnya.

Terdahulu, beberapa pemimpin UMNO Kedah dalam satu sidang media mengumumkan bahawa mereka sudah hilang keyakinan terhadap Mukhriz dan menginginkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan beliau dari jawatan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");