Perak Hari Ini

Kedai Kopi Terbakar

TELUK INTAN: Sebuah kedai kopi mengalami 60 peratus musnah apabila terbakar dalam kejadian yang berlaku pada tengah malam tadi di Jalan Woo Saik Hong, di sini.

Menurut jurucakap pihak bomba dan penyelamat, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan telah menerima panggilan daripada orang awam pada jam 11.55 malam.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota mendapati berlaku satu kebakaran yang melibatkan sebuah kedai kopi jenis Kelas.

“Anggota bomba dari BBP Teluk Intan turut meminta bantuan daripada BBP Hutan Melintang untuk memadamkan kebakaran tersebut,”ujarnya.

Mengulas lanjut, anggota bomba menggunakan 2 aliran 100 meter jenis empat pancutan yang bersumberkan air dari pili bomba yang berdekatan.

Selain itu, anggota bomba turut membuat ‘relay pumping’ sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Turut membantu memadamkan kebakaran ialah dari Persatuan Keselamatan Sukarela Teluk Intan.

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki berumur 50-an terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi memadamkan kebakaran yang diketuai oleh PBK II Mustapa Kamal Bidi tamat pada jam 1.37 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");